31.7.09

BSGE FC Tunduk Ditangan BKP

Kekalahan 4-2 kepada pasukan BKP nyata melunturkan sedikit semangat pemain BSGE FC. Tanpa kelibat beberapa tonggak, BSGE FC nyata pincang menentang gelombang tsunami BKP. Tambah mengaibkan 2 gol jaringan BKP hanya menggunakan tangan melalui lontaran kedalam.

Namun demikian sedikit sinar dipamerkan melalui gol Roshidy untuk merapatkan jurang mata sebelum rehat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua BSGE FC sekali lagi tersentak dengan asakan bertali arus BKP. Benteng pertahanan sedaya upaya menyekat kemaraan BKP namun nyata masih gagal untuk menghalang BKP daripada menjaringkan 2 gol lagi.

Beberapa perubahan strategi dibuat bagi mencari gol untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan. Akhirnya BSGE FC hanya mendapatkan satu lagi gol melalui Ramadan bagi menjadikan kedudukan 4-2 memihak kepada BKP.














Pada perlawanan ini BSGE FC menghadapi masalah kekurangan pemain dan hanya ada cukup 11 pemain bagi perlawanan tersebut tanpa pemain simpanan. Kecederaan juga dihadapi oleh pemain BSGE FC hingga merencatkan sedikit permainan.
Namun itu semua bukan alasan kerana kalah. Namun sokongan daripada semua pemain amatlah ditagih. Dan jadual perlawanan juga harap dapat diatur mengikut masa yang sesuai.

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger