14.4.09

BSGE FC - Sumbangan Anda

BSGE FC,

Pasukan Bolasepak BSGE menghadapi beberapa kesulitan sejak kebelakangan ini untuk meneruskan saingan dalam Liga Bolasepak Kesso 2009. Ini kerana BSGE FC kekurangan peralatan yang sesuai dan tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk mendapatkan peralatan sukan seperti jersi pasukan, sarung tangan penjaga gol, bola untuk latihan dan sebagainya. Sebelum ini peralatan tersebut hanya dipinjam daripada pihak luar. BSGE FC juga banyak bergantung kepada beberapa individu untuk membekalkan minuman dan peralatan sukan (dipinjam). Rasanya kita tidak sepatutnya terlalu bergantung kepadanya sahaja.

Oleh itu, cadangan saya adalah untuk membuat kutipan dana daripada pemain BSGE FC. Sumbangan yang anda berikan boleh digunakan untuk mendapatkan jersi pasukan dan beberapa peralatan lain serta bagi membekalkan minuman kepada pemain sepanjang Liga KESSO JPS berlansung. Terdapat 9 perlawanan lagi yang perlu diharungi dan kerjasama daripada semua pemain amatlah dialu-alukan.

Walaubagaimanapun ini hanyalah berdasarkan daripada pendapat saya sahaja. Apa pula pendapat pemain lain boleh kita kongsi bersama. Berkenaan kos tersebut bolehlah kita bincangkan selanjutnya jika cadangan ini mendapat perhatian anda. Pendapat dan sumbangan daripada warga BSGE yang lain juga amatlah dihargai. Semoga pasukan BSGE FC berjaya mengharungi perlawanan seterusnya dengan sebaiknya.


PENDAPAT SAYA

(p/s: jangan salah faham….)

0 ulasan:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger