6.8.09

Jamuan Makan Sempena Majlis Perpisahan Kakitangan BSGE

Jamuan Sempena Majlis Perpindahan Kakitangan BSGE














Jamuan Makan ini telah diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat BSGE. Untuk pengetahuan semua, antara kakitangan BSGE yang telah berpindah adalah En. Hamzan (Projek MSC) , Pn. Wan Faizah (JPS Kuantan) , Pn. Norisah (Pantai), En. Tan Yu Wai (Kedah), dan En. Sopian (JPS WPKL). Majlis juga bertujuan untuk memperkenalkan kakitangan baru masuk iaitu Pn. Siti Norazela dan Pn Farihah.

Majlis berlangsung dengan jayanya atas kesudian 2 bekas kakitangan tersebut untuk hadir iaitu En. Hamzan dan En. Sopian. Sebelum acara jamuan makan, En. Hamzan dan En. Sopian diberi peluang untuk memberikan ucapan. Kemudian Pengarah BSGE, Tn. Hj. Abu Bakar turut sama memberi ucapan penghargaan kepada semua bekas kakitangan BSGE. Cenderahati turut disampaikan sebagai tanda ingatan.






Jamuan Makan ini telah diadakan pada 5 Ogos 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat BSGE. Untuk pengetahuan semua, antara kakitangan BSGE yang telah berpindah adalah En. Hamzan (Projek MSC) , Pn. Wan Faizah (JPS Kuantan) , Pn. Norisah (Pantai), En. Tan Yu Wai (Kedah), dan En. Sopian (JPS WPKL). Majlis juga bertujuan untuk memperkenalkan kakitangan baru masuk iaitu Pn. Siti Norazela dan Pn Farihah.


Majlis berlangsung dengan jayanya atas kesudian 2 bekas kakitangan tersebut untuk hadir iaitu En. Hamzan dan En. Sopian. Sebelum acara jamuan makan, En. Hamzan dan En. Sopian diberi peluang untuk memberikan ucapan. Kemudian Pengarah BSGE, Tn. Hj. Abu Bakar turut sama memberi ucapan penghargaan kepada semua bekas kakitangan BSGE. Cenderahati turut disampaikan sebagai tanda ingatan.

Tamatnya Liga Kesso JPS 2009

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Alhamdulillah, pertandingan bola sepak liga kesso 2009 telah berakhir dengan jayanya walaupun pada permulaannya terdapat rintangan dan halangan. Saya selaku AJK dan Penganjur pertandingan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat secara langsung atau tidak.

Pertandingan ini adalah yang terakhir sebelum pemilihan AJK yang baru. Jadi saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan semasa saya menganjurkan pertandingan ini.

Sekian terima kasih.

Kalau ada bola dipadang,
Boleh kita berlari-lari,
Kalau ada game akan datang,
Boleh kita lawan lagi…




Memandangkan tempat ke-3 dan ke-4 berkongsi mata cuma dibezakan dengan jaringan, maka saya dengan ini akan menyediakan hadiah sehingga tempat ke-4.

Mohamad Zamri Bin Abdullah
Bahagian Pantai

Tel : 03-26973057
Fax : 03-26973201
TAHNIAH BSGE!
KERANA BERJAYA MENDUDUKI TANGGA KE-3 LIGA KESSO JPS MALAYSIA 2009

31.7.09

BSGE FC Tunduk Ditangan BKP

Kekalahan 4-2 kepada pasukan BKP nyata melunturkan sedikit semangat pemain BSGE FC. Tanpa kelibat beberapa tonggak, BSGE FC nyata pincang menentang gelombang tsunami BKP. Tambah mengaibkan 2 gol jaringan BKP hanya menggunakan tangan melalui lontaran kedalam.

Namun demikian sedikit sinar dipamerkan melalui gol Roshidy untuk merapatkan jurang mata sebelum rehat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua BSGE FC sekali lagi tersentak dengan asakan bertali arus BKP. Benteng pertahanan sedaya upaya menyekat kemaraan BKP namun nyata masih gagal untuk menghalang BKP daripada menjaringkan 2 gol lagi.

Beberapa perubahan strategi dibuat bagi mencari gol untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan. Akhirnya BSGE FC hanya mendapatkan satu lagi gol melalui Ramadan bagi menjadikan kedudukan 4-2 memihak kepada BKP.














Pada perlawanan ini BSGE FC menghadapi masalah kekurangan pemain dan hanya ada cukup 11 pemain bagi perlawanan tersebut tanpa pemain simpanan. Kecederaan juga dihadapi oleh pemain BSGE FC hingga merencatkan sedikit permainan.
Namun itu semua bukan alasan kerana kalah. Namun sokongan daripada semua pemain amatlah ditagih. Dan jadual perlawanan juga harap dapat diatur mengikut masa yang sesuai.

7.7.09

BSGE FC Mengalahkan BHSA 5-2



Keputusan 5-2 sudah cukup untuk memberikan mata berharga buat pasukan BSGE. Kini BSGE mengumpulkan jumlah mata yang cukup untuk sekurang-kurangnya menghuni tangga ke-4 liga bagi melayakkan pasukan ke saingan separuh akhir.

Hatrik oleh Azizi dan 2 gol lagi disumbangkan oleh Fazli melalui 2 sepakan percuma. BSGE FC mendahului separuh masa pertama dengan 3-0. Permainan pada mulanya dikuasai oleh BHSA menimbulkan suasana agak kalut di kawasan BSGE. Aksi lambat panas juga sekali lagi ditonjolkan dan dipamerkan melalui beberapa kesilapan mudah.

Untuk pengetahuan semua, BSGE menghadapi masalah kekurangan pemain pada perlawanan ini. Pada mulanya BSGE hanya bermain dengan 10 pemain kemudian dengan kehadiran sedikit lewat En. Hisyam banyak membantu meningkatkan bahagian tengah BSGE. Rekod juga buat kali pertama BSGE bermain dengan cukup-cukup 11 pemain tanpa ada pemain simpanan.

Pada separuh masa kedua, BHSA mempamerkan sedikit peningkatan dalam usaha memburu gol. Hasilnya membuatkan pemain BSGE sedikit tersentak apabila BHSA memperoleh gol pertama menyumbang kepada peningkatan semangat pemainnya.

Berbekalkan kelebihan 2 gol lagi BSGE FC terus membalas asakan BSHA. Dengan tiga trio tengah, Pak Syed, Amroz dan En. Hisyam, BSGE Fc berjaya mengucar-kacirkan pertahanan BHSA. Dan ia memberi ruang buat penyerang tunggal BSGE, Azizi untuk menghasilkan gol.

BSGE lebih banyak mengasak dari kiri dan kanan berbanding BHSA yang menyerang melalui ruang tengah. Kedudukan semasa buat beberapa hari, BSGE FC sekarang berada di tempat pertama LIGA KESSO JPS MALAYSIA 2009.

29.6.09

Liga Kesso JPS Malaysia 2009



Ni kedudukan terkini selepas pembetulan beberapa kesilapan. Terima kasih kepada saudara Meor kerana sudi mengirim carta kedudukan liga yang baru.

25.6.09

Kedudukan Pasukan Dalam LIGA KESSO 2009

Ini adalah kedudukan semasa liga selepas beberapa pasukan mengharungi 4 dan 5 perlawanan. Berita terbaru yg di terima Liga Kesso ini akan ditangguhkan tanpa mengetahui sebarang sebab. Jika pihak terbabit benar-benar mahu tangguhkan pun biarlah kesemua pasukan masing-masing mengharungi 5 perlawanan agar adil.
Semoga kerjasama dari semua pihak, Liga ini akan dihabiskan dengan jayanya.

18.6.09

Akhirnya.. Tangguh Jugak...

(Copy & Paste) Dari email :
MAKLUMAN...

Kemenangan percuma bagi perlawanan semalam yang diberikan kepada pihak BLKK adalah dibatalkan. Ini adalah disebabkan pihak pemain BLKK bersedia menunda perlawanan kepada tarikh tertentu yg akan diberitahu kelak. Kami mengucapkan terima kasih diatas sikap timbangrasa pemain BLKK yg sudi manangguhkan perlawanan tersebut.

b/p:
Zamri bin Abdullah
AJK Sukan
(Bola Sepak dan Futsal KESSO)
**************************************************
(Copy & Paste) Dari email :
Bagus, ada semangat kesukanan. Tapi minggu depan mesti main, dah lama sangat liga niee. Mesti 3 game MAIN seminggu baru lah habis. CEPATLAH HABIS. MOHON PERTIMBANGKAN.
Wan Azinuddin Wan Ibrahim
**************************************************
Apa-apa pun tahniah buat kedua-dua pasukan kerana berjaya mencari jalan penyelesaian yg sebaiknya. Sorila kalau ada terkasar bahasa, terlepas cakap tu... Hahaha....

Apa Barang Menang Percuma...!

Alkisahnya bermulalah di suatu hari, adala satu pasukan yg memang ghairah mencari kemenangan. Sampaikan takde dah tolak ansur sesama insan. Alahai.. Apa la sgt gelaran juara dari semangat kesukanan yg sepatutnya menjadi landasan sebenar kejohanan tersebut dianjurkan. Dah gian sgt ke nak jadi juara? Sampai dah tiada sifat tolak ansur.
Memamglah kawan tetap kawan, dalam padang kawan jadi lawan. Tapi ni belum masuk padang lagi dah tunjuk belang. Emm..nasibla badan. Ingatkan penganjuran kejohanan seperti ini boleh mengikat ukhwah dan sikap perpaduan sesama kakitangan jabatan. Namun yg mengecewakan adanya pula kes seperti ini yg menimbulkan cemuhan dpd semua pihak.
Terpulanglah, jika nak cara baik renung-renungkanlah, fikir-fikirkanlah...

17.6.09

Perlawanan Seterusnya

BSGE FC akan meneruskan perlawanan dengan BKP dan BHSA bakal menjadi lawan seterusnya. Lawan seharusnya tdk dipandang mudah, kerana bola itu sememangnya bulat. Nasib dan takdir bergantung juga pada usaha semua pemain.
Team BSGE FC sewajarnya lebih berhati-hati kerana semestinya lawan akan mencari jalan untuk mengalahkan mereka. Keadaan kelam kabut dalam kawasan BSGE FC perlu disetelkan dan pastikan semua pemain mampu bekerjasama dengan baik.
Jadual Perlawanan BSGE FC :
- BKP (25/6/09)
- BHSA (8/7/09)

12.6.09

Pemain Terbaik Perlawanan Pilihan BSGE Blogspot

Amroz "the shooter"

BSGE FC Menundukkan Ego BTB

LIGA BOLASEPAK KESSO - JPS MALAYSIA 2009


PADANG JPS AMPANG - Semuanya seperti tidak menjadi bagi BSGE FC, persembahan yg kurang konsisten hampir-hampir memusnahkan impian pasukan untuk mengutip mata penuh. Permainan berlangsung dlm suasana yang baik cuma pada lewat permainan separuh masa kedua menyaksikan beberapa pemain kedua-dua pasukan mengalami kekejangan otot dan sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan.

Separuh masa pertama..

BSGE FC hampir-hampir dikejutkan seawal minit kedua apabila rembatan pemain BTB yang berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri pertahanan BSGE, namun cubaannya berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol BSGE. Kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain. No. 7, 10 dan 14 nyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan BSGE. Faktor 'lambat panas' mungkin boleh dijadikan penyebab benteng BSGE FC hampir sepenuhnya dikuasai lawan.

BSGE FC cuba menyerap asakan lawan dan beberapa kali melakukan serangan secara 'counter attack' dari sebelah kanan dan kiri lawan. Pertahanan BTB ternyata sukar untuk dirobek dan BSGE FC terpaksa mencuba nasib dengan melakukan percubaan jarak jauh. Hasilnya pada minit ke 15, percubaan Amroz dari jarak lebih kurang 20meter berjaya menemui sasaran gol.

BTB yang hanya menurunkan 10 pemain nyata tidak mudah mengalah. Asakan demi asakan mereka tetap mencuba untuk mencari gol penyamaan. BSGE FC juga beraksi secara 'bertahan' untuk mendahului lawan sehingga tamat separuh masa pertama. Pertukaran dibuat pada minit ke 20, dengan memasukkan Amri menggantikan Safarin yang mengalami kecederaan.

Separuh masa kedua..

BSGE FC menumpukan corak bertahan dengan memasukkan Bakri menggantikan Roshidy. Beliau bertindak selaku 'stopper' dan ditugaskan merantai pergerakkan pemain lawan berjersi No.14. Sementara Hj. Nordin pula bertindak mengawal pemain No. 10. BTB nyata semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan dan asakan bertali arus melalui trio serangannya masih buntu untuk menumpaskan penjaga gol BSGE, Azwan. Fazli mengalami kecederaan dan pertukaran dibuat dengan memasukkan Azam.

Azwan beberapa kali berjaya mempertahankan gawangnya dengan baik ketika BTB hampir-hampir menyamakan kedudukan. Ketika asyik mengasak lawan, gawang BTB juga nyaris-nyaris dibocori sekali lagi. Namun percubaan dari Amroz, Azizi dan serangan oleh Meor, Mr. Loo (masuk menggantikan Meor) dan Shahril (masuk menggantikan Ramadan) gagal menghasilkan gol.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Barisan pemain BSGE FC :
Utama:
Azwan (Penjaga Gol), Che Win (Ketua), Hj. Nordin, Fazli, Safarin, Amroz, Pak Syed, Ramadan, Roshidy, Meor dan Azizi.

Simpanan:
Shahril, Amri, Bakri, Mr. Loo, Azam

11.6.09

BSGE vs BTB

Nampaknya perlawanan pada petang ini (Khamis - 5.30p.m) terpaksa ditangguhkan. Hujan lebat yang turun sejak dari jam 4.00p.m boleh menyebabkan air bertakung di padang JPS Ampang. Namun keputusan belum dibuat. Kita tunggu dan lihat perkembangannya.

2.6.09

Ujian Getir Buat Pemain

BSGE FC akan diuji hebat samada benar-benar mantap mahupun tidak. Ujian sebenar yang bakal menanti ialah menentang pasukan BTB. Nyata tahap konsistem pemain amat ditagih untuk memberi sepenuh tumpuan bagi mengawal pemain lawan.

Keputusan lepas nyata memihak kepada BSGE FC apabila berjaya menundukkan lawannya (JPS WPKL) dengan keputusan 2-0. Sedangkan BTB hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan BKP.

Kehadiran tonggak penyerang, Azizi (berkemungkinan diturunkan) menambahkan lagi moral pemain. Namun khidmat Meor tidak seharusnya dilupakan. Dengan 2 gol terkumpul Meor juga boleh dijadikan sandaran BSGE FC.

Tahap permainan BSGE FC juga semakin meningkat sedikit demi sedikit. Dek kerana kesibukan menjalankan tugas dan komitmen kepada keluarga, BSGE FC sukar untuk mengaturkan jadual latihan dan sebagainya. Ianya mampu menjejaskan stamina pemain dan kebanyakkan pemain sukar untuk bertahan sehingga tamat permainan.

Namun demikian masalah tersebut hanyalah tersangatlah kecil, semangat yang ada pada semua pemain mampu mengubah suasana perlawanan. Apa yang penting ke semua pemain mestilah mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi, jangan mudah goyah dan pastikan anda senantiasa berada di haluan kejayaan.

27.5.09

KEMENANGAN MORAL UNTUK BSGE FC

BSGE FC vs JPS WPKL : 2 -0

Barisan pemain kedua-dua pasukan yg memeriahkan perlawanan

Wajah penuh bersemangat pasukan BSGE FC

Kemenangan 2 - 0 keatas JPSWPKL menaikkan semangat pasukan BSGE FC untuk meneruskan saingan dlm Liga KESSO JPS Malaysia. Sebelumnya BSGE hanya mampu seri 1-1 dengan SMART. Kehadiran hampir semua pemain utama menyemarakkan lagi semangat berpasukan.

Aksi separuh masa pertama

Pada awal permainan lagi BSGE FC cuba untuk mengasak lawan untuk mencari gol pendahuluan. Serangan bertali arus BSGE juga dibalas serangan oleh pasukan lawan. Dengan mempunyai hantaran-hantaran baik, JPS WPKL nyata begitu merbahaya.

Sebelum itu pemain BSGE FC membuat senaman ringan

Amroz memperkenalkan sepakan tanpa bayangnya...

Sepak mula oleh JPS WPKL


Gerakan yang mereka rancangkan juga nampak tersusun dan kemas. Namun kekebalan barisan pemain BSGE tdk mudah untuk dirobek. Kemudian BSGE FC berjaya mendapatkan sepankan percuma dari sebelah kanan gawang JPS WPKL.

Penjaga garisan merangkap penolong pengurus pasukan BSGE FC

Sepakan diambil oleh Amroz dan beliau membuat percubaan terus ke gol. En. Roshidy memanfaat peluang hasil bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh gol lawan. JPS WPKL tdk mudah mengalah dan terus mengasak. Beberapa kesilapan di kawasan BSGE nyaris-nyaris menghasilkan gol namun percubaan yang di buat oleh pemain JPS WPKL hanya singgah di palang dan tiang gol BSGE. Meor juga berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan BSGE FC selesa di depan dengan kedudukan 2-0 pada separuh masa.

Kehadiran Pengurus Pasukan, En. Azman meningkatkan semangat pemain.

Aksi separuh masa kedua

JPS WPKL terus mengasak ke kawasan BSGE FC

Nyata tekanan buat pemain JPS WPKL. Mereka perlu mendapatkan gol untuk meningkatkan semangat pasukannya. Mereka terus mengasak sejak awal permainan namun kekentalan benteng terakhir BSGE, Azwan nyata sukar utk digugat. Azwan mempamerkan permainan cemerlang, gemilang dan terbilang utk mempertahankan gawangnya dari dibocori. Sahkan bola je tak boleh masuk, rumput sisa bola tu pun Wan tak kasi jejakkan kaki ke dalam golnya.

MOM minggu ini.. Azwan 'the iron wallzzz'
p/s :Sori bro aku terpaksa masukkan jugak gambar ni coz mu mmg best...

Perlawanan berkesudahan dengan BSGE FC menang 2 berbalas 0.


SpyAmm


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger