27.5.09

KEMENANGAN MORAL UNTUK BSGE FC

BSGE FC vs JPS WPKL : 2 -0

Barisan pemain kedua-dua pasukan yg memeriahkan perlawanan

Wajah penuh bersemangat pasukan BSGE FC

Kemenangan 2 - 0 keatas JPSWPKL menaikkan semangat pasukan BSGE FC untuk meneruskan saingan dlm Liga KESSO JPS Malaysia. Sebelumnya BSGE hanya mampu seri 1-1 dengan SMART. Kehadiran hampir semua pemain utama menyemarakkan lagi semangat berpasukan.

Aksi separuh masa pertama

Pada awal permainan lagi BSGE FC cuba untuk mengasak lawan untuk mencari gol pendahuluan. Serangan bertali arus BSGE juga dibalas serangan oleh pasukan lawan. Dengan mempunyai hantaran-hantaran baik, JPS WPKL nyata begitu merbahaya.

Sebelum itu pemain BSGE FC membuat senaman ringan

Amroz memperkenalkan sepakan tanpa bayangnya...

Sepak mula oleh JPS WPKL


Gerakan yang mereka rancangkan juga nampak tersusun dan kemas. Namun kekebalan barisan pemain BSGE tdk mudah untuk dirobek. Kemudian BSGE FC berjaya mendapatkan sepankan percuma dari sebelah kanan gawang JPS WPKL.

Penjaga garisan merangkap penolong pengurus pasukan BSGE FC

Sepakan diambil oleh Amroz dan beliau membuat percubaan terus ke gol. En. Roshidy memanfaat peluang hasil bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh gol lawan. JPS WPKL tdk mudah mengalah dan terus mengasak. Beberapa kesilapan di kawasan BSGE nyaris-nyaris menghasilkan gol namun percubaan yang di buat oleh pemain JPS WPKL hanya singgah di palang dan tiang gol BSGE. Meor juga berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan BSGE FC selesa di depan dengan kedudukan 2-0 pada separuh masa.

Kehadiran Pengurus Pasukan, En. Azman meningkatkan semangat pemain.

Aksi separuh masa kedua

JPS WPKL terus mengasak ke kawasan BSGE FC

Nyata tekanan buat pemain JPS WPKL. Mereka perlu mendapatkan gol untuk meningkatkan semangat pasukannya. Mereka terus mengasak sejak awal permainan namun kekentalan benteng terakhir BSGE, Azwan nyata sukar utk digugat. Azwan mempamerkan permainan cemerlang, gemilang dan terbilang utk mempertahankan gawangnya dari dibocori. Sahkan bola je tak boleh masuk, rumput sisa bola tu pun Wan tak kasi jejakkan kaki ke dalam golnya.

MOM minggu ini.. Azwan 'the iron wallzzz'
p/s :Sori bro aku terpaksa masukkan jugak gambar ni coz mu mmg best...

Perlawanan berkesudahan dengan BSGE FC menang 2 berbalas 0.


SpyAmm

22.5.09

BSGE Bakal Membuat Perhintungan Menentang JPS WPKL

Petang 26 Mei bakal menjadi detik penentuan antara pasukan berjiran, BSGE dan JPS WPKL. Setelah beberapa kali memohon penundaan perlawanan, akhirnya keputusan telah dibuat. Perlawanan yang sepatutnya bakal berlangsung pada 6 Jun dipercepatkan kpd 26 Mei 2009. Kedua-dua pasukan nyata sudah tidak sabar untuk menentukan keputusan samada siapa yg lebih berkuasa antara kejiranan ini.

JPS WPKL yang sebelum ini telah mengharungi 3 perlawanan mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kalah, manakala BSGE FC pula telah menang 1 kali, seri dan kalah dalam 3 perlawanan juga. Kemenangan bagi BSGE FC amat penting untuk menambah pungutan mata bagi mengubah kedudukan liga KESSO yg sekarang ini berkedudukan di tempat ke-5.

Kehadiran Azwan kembali memantapkan pasukan.

Walaupun tanpa tonggak penyerang , Azizi pasukan BSGE FC tetap optimistik untuk cuba memberi tentangan sengit. Kehadiran semula penjaga gol sensasi BSGE, Azwan nyata memulihkan semangat pemain lain yang sebelum ini nyata mengalami tekanan. Azwan, selain kehebatannya di gawang gol beliau juga mampu membuat lawak dan pandai bermain kata-kata. Oleh itu tekanan yang dialami pemain lain juga menurun dan pastinya akan menjadikan suasana semakin hebat.

" Semangat + Usaha = Kejayaan. " Pengarah BSGE

Ramadan juga akan diturunkan. Beliau sebelum ini tidak dapat hadir kerana beberapa masalah pastinya akan diturunkan selaku striker kedua. Bagi membantu Meor agar mengekalkan momentum serangan dibahagian depan. Selain mampu membuat umpanan yang baik, Ramadan juga berupaya meledakkan gol.

BSGE FC pasti bersemangat semula dan sahutlah cabaran....

WE WILL WIN!!!

30.4.09

BSGE vs SMART

KEPUTUSAN : 1-1

Barisan pemain BSGE FC

29 April 2009, Padang JPS Ampang menjadi saksi kegagalan BSGE FC untuk menebus kekecewaan lalu. Berdepan pasukan SMART, BSGE FC terlebih dahulu diasak pada awal permainan. Aksi lambat panas yang ditonjolkan membolehkan SMART mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum Azizi yang masuk menggantikan Shamri menyamakan kedudukan bagi melegakan tekanan rakan sepasukan yang lain. SMART memperolehi jaringan melalui rembatan jarak jauh dan sememangnya sukar untuk diagak.

Pengadil menasihatkan pemain agar menjaga keselamatan kerana keadaan padang yang becak

Pada separuh masa pertama juga No. 7 BSGE dikenakan tindakan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil. Sikap pengadil yang tak konsisten nyata membangkitkan rasa panas pemain lain kerana keputusan yang dibuat seolah-olah berat sebelah. BSGE FC beberapa kali mengucar-kacirkan pertahanan SMART. Namun beberapa percubaan gagal menemui sasaran yang sepatutnya.

Rentak permainan yang panas menyebabkan pengadil menjadi tumpuan

Terjahan kasar pemain SMART juga disaksikan oleh pengadil dengan muka 'poyo' sahaja. No. 6 BSGE juga perlu tingkatkan tahap permaian lagi kerana beberapa kali asakan daripada SMART gagal untuk diatasi (Adoiii...).

Rehat separuh masa memberi ruang pemain untuk meredakan tekanan

Separuh masa kedua bermula, BSGE FC kembali mendapat rentak. Asakan demi asakan namun tetap gagal menemui sasaran. Benteng SMART nyata lebih konsisten. No 10 SMART diberi kad kuning kerana terjahan kasarnya keatas pemain BSGE. En. Hisham (kemudian digantikan oleh Mr. Loo ) dan Ikmal (menggantikan En. Shahril) dimasukkan untuk mengimbangi bahagian tengah. En. Nordin pula terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.BSGE FC terus mencuba untuk mencari gol kemenangan.

Namun SMART juga terus mencuba dengan beberapa helah dan tindakan pantas penjaga gol BSGE, En. Roshidy menyelamatkan keadaan memastikan gawang BSGE selamat dan kududukan terikat 1-1 sehingga tamat.

Bergambar kenangan bersama pasukan SMART

spyAMM

29.4.09

Jersi Baru BSGE FC

BSGE vs SMART - Padang JPS Ampang (5.00 p.m)

Semalam BSGE FC telah membeli set jersi pasukan yang baru. Sebelum ini kita hanya menggunakan jersi yang dipinjam sekarang sudah ada jersi sendiri ala pasukan Uruguay lagi tu. Kos untuk jersi ni hanya RM800.00 (jumlah kutipan semasa sehingga 28/4/09 adalah sebanyak RM752.00 ) dan dianggap berbaloi la dpd pasukan lain yang menggunakan jersi ntah ape2 ntah...(haha..). Jenama tu kira ok la KIKA (takde kena mengena dengan Kiki Lala...). Diharap dengan jersi baru ni BSGE FC akan lebih mantap dan menggegar.

Baju

Seluar

Stokin

Terima kasih atas sumbangan semua. Sama-samala kita pakat menyokong BSGE FC pada petang ini (29/04/09) di padang JPS Ampang kerana BSGE FC akan berentap dengan pasukan SMART. Sokongan anda semuaamatlah dihargai.

Baju Penjaga Gol

SpyAmm

15.4.09

Pemeran Sempena Hari Air Sedunia 2009

Pada 11 - 12 April 2009, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menganjurkan Pameran Sempena Hari Air Sedunia di Miri, Sarawak. JPS Malaysia yang diwakili oleh Unit Pameran, Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan (BSGE) juga telah menyertai pameran tersebut. Ianya diadakan di Imperial Mall, Miri. Antara peserta lain adalah seperti Jabatan Pembentungan Sarawak, SPAN, IHP, NRE, dan lain-lain lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melawat tapak pameran bagi memastikan ianya berjalan lancar

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak dan dihadiri oleh jemputan VIP yang lain seperti Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Pengarah BSGE serta jemputan lain.

Perasmian oleh Ketua Menteri Sarawak

Ruang pameran JPS Malaysia

Wakil Unit Pameran, BSGE

Pameran ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran ramai orang untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan 'World Water Day 09'.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger