12.6.09

BSGE FC Menundukkan Ego BTB

LIGA BOLASEPAK KESSO - JPS MALAYSIA 2009


PADANG JPS AMPANG - Semuanya seperti tidak menjadi bagi BSGE FC, persembahan yg kurang konsisten hampir-hampir memusnahkan impian pasukan untuk mengutip mata penuh. Permainan berlangsung dlm suasana yang baik cuma pada lewat permainan separuh masa kedua menyaksikan beberapa pemain kedua-dua pasukan mengalami kekejangan otot dan sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan.

Separuh masa pertama..

BSGE FC hampir-hampir dikejutkan seawal minit kedua apabila rembatan pemain BTB yang berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri pertahanan BSGE, namun cubaannya berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol BSGE. Kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain. No. 7, 10 dan 14 nyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan BSGE. Faktor 'lambat panas' mungkin boleh dijadikan penyebab benteng BSGE FC hampir sepenuhnya dikuasai lawan.

BSGE FC cuba menyerap asakan lawan dan beberapa kali melakukan serangan secara 'counter attack' dari sebelah kanan dan kiri lawan. Pertahanan BTB ternyata sukar untuk dirobek dan BSGE FC terpaksa mencuba nasib dengan melakukan percubaan jarak jauh. Hasilnya pada minit ke 15, percubaan Amroz dari jarak lebih kurang 20meter berjaya menemui sasaran gol.

BTB yang hanya menurunkan 10 pemain nyata tidak mudah mengalah. Asakan demi asakan mereka tetap mencuba untuk mencari gol penyamaan. BSGE FC juga beraksi secara 'bertahan' untuk mendahului lawan sehingga tamat separuh masa pertama. Pertukaran dibuat pada minit ke 20, dengan memasukkan Amri menggantikan Safarin yang mengalami kecederaan.

Separuh masa kedua..

BSGE FC menumpukan corak bertahan dengan memasukkan Bakri menggantikan Roshidy. Beliau bertindak selaku 'stopper' dan ditugaskan merantai pergerakkan pemain lawan berjersi No.14. Sementara Hj. Nordin pula bertindak mengawal pemain No. 10. BTB nyata semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan dan asakan bertali arus melalui trio serangannya masih buntu untuk menumpaskan penjaga gol BSGE, Azwan. Fazli mengalami kecederaan dan pertukaran dibuat dengan memasukkan Azam.

Azwan beberapa kali berjaya mempertahankan gawangnya dengan baik ketika BTB hampir-hampir menyamakan kedudukan. Ketika asyik mengasak lawan, gawang BTB juga nyaris-nyaris dibocori sekali lagi. Namun percubaan dari Amroz, Azizi dan serangan oleh Meor, Mr. Loo (masuk menggantikan Meor) dan Shahril (masuk menggantikan Ramadan) gagal menghasilkan gol.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Barisan pemain BSGE FC :
Utama:
Azwan (Penjaga Gol), Che Win (Ketua), Hj. Nordin, Fazli, Safarin, Amroz, Pak Syed, Ramadan, Roshidy, Meor dan Azizi.

Simpanan:
Shahril, Amri, Bakri, Mr. Loo, Azam

11.6.09

BSGE vs BTB

Nampaknya perlawanan pada petang ini (Khamis - 5.30p.m) terpaksa ditangguhkan. Hujan lebat yang turun sejak dari jam 4.00p.m boleh menyebabkan air bertakung di padang JPS Ampang. Namun keputusan belum dibuat. Kita tunggu dan lihat perkembangannya.

2.6.09

Ujian Getir Buat Pemain

BSGE FC akan diuji hebat samada benar-benar mantap mahupun tidak. Ujian sebenar yang bakal menanti ialah menentang pasukan BTB. Nyata tahap konsistem pemain amat ditagih untuk memberi sepenuh tumpuan bagi mengawal pemain lawan.

Keputusan lepas nyata memihak kepada BSGE FC apabila berjaya menundukkan lawannya (JPS WPKL) dengan keputusan 2-0. Sedangkan BTB hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan BKP.

Kehadiran tonggak penyerang, Azizi (berkemungkinan diturunkan) menambahkan lagi moral pemain. Namun khidmat Meor tidak seharusnya dilupakan. Dengan 2 gol terkumpul Meor juga boleh dijadikan sandaran BSGE FC.

Tahap permainan BSGE FC juga semakin meningkat sedikit demi sedikit. Dek kerana kesibukan menjalankan tugas dan komitmen kepada keluarga, BSGE FC sukar untuk mengaturkan jadual latihan dan sebagainya. Ianya mampu menjejaskan stamina pemain dan kebanyakkan pemain sukar untuk bertahan sehingga tamat permainan.

Namun demikian masalah tersebut hanyalah tersangatlah kecil, semangat yang ada pada semua pemain mampu mengubah suasana perlawanan. Apa yang penting ke semua pemain mestilah mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi, jangan mudah goyah dan pastikan anda senantiasa berada di haluan kejayaan.

27.5.09

KEMENANGAN MORAL UNTUK BSGE FC

BSGE FC vs JPS WPKL : 2 -0

Barisan pemain kedua-dua pasukan yg memeriahkan perlawanan

Wajah penuh bersemangat pasukan BSGE FC

Kemenangan 2 - 0 keatas JPSWPKL menaikkan semangat pasukan BSGE FC untuk meneruskan saingan dlm Liga KESSO JPS Malaysia. Sebelumnya BSGE hanya mampu seri 1-1 dengan SMART. Kehadiran hampir semua pemain utama menyemarakkan lagi semangat berpasukan.

Aksi separuh masa pertama

Pada awal permainan lagi BSGE FC cuba untuk mengasak lawan untuk mencari gol pendahuluan. Serangan bertali arus BSGE juga dibalas serangan oleh pasukan lawan. Dengan mempunyai hantaran-hantaran baik, JPS WPKL nyata begitu merbahaya.

Sebelum itu pemain BSGE FC membuat senaman ringan

Amroz memperkenalkan sepakan tanpa bayangnya...

Sepak mula oleh JPS WPKL


Gerakan yang mereka rancangkan juga nampak tersusun dan kemas. Namun kekebalan barisan pemain BSGE tdk mudah untuk dirobek. Kemudian BSGE FC berjaya mendapatkan sepankan percuma dari sebelah kanan gawang JPS WPKL.

Penjaga garisan merangkap penolong pengurus pasukan BSGE FC

Sepakan diambil oleh Amroz dan beliau membuat percubaan terus ke gol. En. Roshidy memanfaat peluang hasil bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh gol lawan. JPS WPKL tdk mudah mengalah dan terus mengasak. Beberapa kesilapan di kawasan BSGE nyaris-nyaris menghasilkan gol namun percubaan yang di buat oleh pemain JPS WPKL hanya singgah di palang dan tiang gol BSGE. Meor juga berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan BSGE FC selesa di depan dengan kedudukan 2-0 pada separuh masa.

Kehadiran Pengurus Pasukan, En. Azman meningkatkan semangat pemain.

Aksi separuh masa kedua

JPS WPKL terus mengasak ke kawasan BSGE FC

Nyata tekanan buat pemain JPS WPKL. Mereka perlu mendapatkan gol untuk meningkatkan semangat pasukannya. Mereka terus mengasak sejak awal permainan namun kekentalan benteng terakhir BSGE, Azwan nyata sukar utk digugat. Azwan mempamerkan permainan cemerlang, gemilang dan terbilang utk mempertahankan gawangnya dari dibocori. Sahkan bola je tak boleh masuk, rumput sisa bola tu pun Wan tak kasi jejakkan kaki ke dalam golnya.

MOM minggu ini.. Azwan 'the iron wallzzz'
p/s :Sori bro aku terpaksa masukkan jugak gambar ni coz mu mmg best...

Perlawanan berkesudahan dengan BSGE FC menang 2 berbalas 0.


SpyAmm

22.5.09

BSGE Bakal Membuat Perhintungan Menentang JPS WPKL

Petang 26 Mei bakal menjadi detik penentuan antara pasukan berjiran, BSGE dan JPS WPKL. Setelah beberapa kali memohon penundaan perlawanan, akhirnya keputusan telah dibuat. Perlawanan yang sepatutnya bakal berlangsung pada 6 Jun dipercepatkan kpd 26 Mei 2009. Kedua-dua pasukan nyata sudah tidak sabar untuk menentukan keputusan samada siapa yg lebih berkuasa antara kejiranan ini.

JPS WPKL yang sebelum ini telah mengharungi 3 perlawanan mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kalah, manakala BSGE FC pula telah menang 1 kali, seri dan kalah dalam 3 perlawanan juga. Kemenangan bagi BSGE FC amat penting untuk menambah pungutan mata bagi mengubah kedudukan liga KESSO yg sekarang ini berkedudukan di tempat ke-5.

Kehadiran Azwan kembali memantapkan pasukan.

Walaupun tanpa tonggak penyerang , Azizi pasukan BSGE FC tetap optimistik untuk cuba memberi tentangan sengit. Kehadiran semula penjaga gol sensasi BSGE, Azwan nyata memulihkan semangat pemain lain yang sebelum ini nyata mengalami tekanan. Azwan, selain kehebatannya di gawang gol beliau juga mampu membuat lawak dan pandai bermain kata-kata. Oleh itu tekanan yang dialami pemain lain juga menurun dan pastinya akan menjadikan suasana semakin hebat.

" Semangat + Usaha = Kejayaan. " Pengarah BSGE

Ramadan juga akan diturunkan. Beliau sebelum ini tidak dapat hadir kerana beberapa masalah pastinya akan diturunkan selaku striker kedua. Bagi membantu Meor agar mengekalkan momentum serangan dibahagian depan. Selain mampu membuat umpanan yang baik, Ramadan juga berupaya meledakkan gol.

BSGE FC pasti bersemangat semula dan sahutlah cabaran....

WE WILL WIN!!!


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger